Sunday, April 29, 2012

BERSIH versus KOTOR

Saya DUDUK di Shah Alam. Hari ini zon di mana saya DUDUK diistiharkan oleh MBSA sebagai zon BERSIH.

Saya berfikir:

1. Kalau semua kawasan di dalam zon ini di BERSIHkan daripada semua punca KOTORan, mestilah semua KOTORan itu akan dibuang di satu kawasan lain yang boleh menerima benda benda yang KOTOR ini. Jadinya, tempat buangan KOTORan itu pula yang tidak BERSIH dan menjadi KOTOR.

2. Untuk mengelakkan kekecohan penduduk yang tempatnya di BERSIHkan, dan juga penerimaan KOTORAN oleh orang yang menduduki kawasan yang di KOTORkan, tentulah perlu satu persetujuan bersama.

3. Penduduk awam perlu kepada keBERSIHan tempat kerana mereka perlu bebas risiko penyakit dan kotoran agar kehidupan, anak cucu cicit mereka terjamin sihat di masa hadapan. Itu faedah yang mereka impikan.

4. Penduduk yang menjaga tempat KOTORan, perlu menerima KOTORan kerana 2 sebab. Pertama, itu tugas dan tanggungjawab mereka untuk memBERSIHkan tempat-tempat KOTOR. Kedua, Walaupun KOTOR di mata kasar, bukannya KOTORan semuanya tidak berguna jika diBERSIHkan. Jika digembeling tenaga dan akal (jika ada) KOTORan ini banyak boleh dikitar semula dan menghasilan banyak WANG!

5. Ternyata, penduduk yang gemarkan tempat yang BERSIH tidak seorang pun yang suka berpindah ke tempat-tempat yang KOTOR kerana sudah selesa dengan tempat yang BERSIH. Kecualilah seteleh tempat KOTOR diBERSIHkan. Itu pun bukan satu jaminan.

6. Sebaliknya, penduduk yang sudah lali dengan tempat yang KOTOR, juga amat selesa dengan tempat yang KOTOR kerana 2 perkara. Pertama, gaji tetap, tetap ada walaupun kerja KOTOR. Kedua, ada tambahan income dari benda-benda KOTOR yang boleh recycle yang dapat dilakukan sekaligus. Di sini juga kerap terdengar mereka berebut-rebut memBERSIHkan kotoran untuk direcycle!

Saya terus berfikir, patutlah ada yang suka tempat mereka diBERSIHkan. Dan ada juga mereka yang suka pada tempat KOTOR.

Saya: membersihkan kawasan rumah dan mengotorkan tong sampah!